The Chef Diaries
March 08, 2007 T0m Y@m G00ng

Bahan-bahan

 6–8 ekor udang sederhana (boleh dibuang kulit jika mahu)
 150g isi ikan (dihiris nipis)
 6 ketul cendawan (dibelah dua)
 100g cendawan putih segar (dibilas)
 1 litre air
 3 batang serai (diketuk)
 4–5 helai daun limau purut (diramas)
 1½ sb pes cili Thai
 2 sb sos ikan
 4 cili padi
 3 cili kering
 3 sb jus limau (nak lebih pun boleh)
 Daun ketumbar (untuk hiasan)

Cara-cara
  1. Didihkan air. Masukkan serai & daun limau purut & biar selama 5–6 min.
  2. Masukkan udang, isi udang, cendawan & cili kering. Masak selama 4–5 min.
  3. Masukkan pes cili, sos ikan, cili padi & jus limau. Biar mendidih
  4. Pastikan perasa cukup..kalau tak cukup boleh tambah
  5. Hidangkan panas dan jangan lupa taburkan daun ketumbar yg dimayang.

dikongsi oleh chef :: 14:01 :: 0 komen

Post / Read Comments