The Chef Diaries
February 22, 2007 K@ri S@rdin

** This recipe is from my mom **

Bahan-bahan

1 tin sardin (kecil)
2 bj ubi kentang (potong wedges)
1 bj tomato (potong wedges)
3 sb rempah kari (daging / ikan)
1 sk serbuk cili
4 ulas bawang merah kecil (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
santan (dr 1/2 bj kelapa atau boleh diganti dgn susu cair)
daun kari
biji sawi (sikit je)
5-6 biji helba
sedikit perahan air asam jawa
minyak
garam

Cara-cara

++ Panaskan minyak & tumis bawang yang dikisar, biji sawi, helba & daun kari
++ Lepas tu masukkan rempah kari & serbuk cili (yang dah dibancuh dgn sedikit air)
++ Tumis hingga pecah minyak
++ Masukkan ubi kentang, bila agak layu masukkan santan
++ Bila dah mendidih, masukkan sardin (sosnya skali) dan tomato
++ Tambahkan perahan asam jawa tadi dan rasa garam
++ Once mendidih je dah bolehlah tutup api tu..dah siap

dikongsi oleh chef :: 23:28 :: 0 komen

Post / Read Comments


February 16, 2007 G@rlic Bre@d & Mushr00m S0up


Bahan-bahan

Garlic Bread
80g mentega (dilembutkan)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/8 st lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 tbsp daun pasli (dicincang)(optional)
1 baguette

Mushroom Soup
· 75g butter
· 50g tepung gandum
· 475ml stok ayam
· 475ml susu UHT
· 300g cendawan shiitake
· 2 ulas bwg putih (dicincang)

Perasa
· garam
· lada sulah
· 150ml whipping cream
· 15g lebihan cendawan shitake (dicincang kasar)

Cara-cara

1. Cairkan butter dalam kuali diatas api yang perlahan
2. Selepas butter cair, masukkan tepung dan kacau
3. Masak selama 10–15 saat, sentiasa kacau.
4. Masukkan stok ayam dan tuangkan juga susu UHT
5. Didihkan pada api yang sederhana, kacau sekali sekala.
6. Masukkan cendawan, bwg putih dan perasa
7. Perlahankan api dan didihkan selama 4-5 min.
8. Turunkan sup dan biarkan sejuk seketika. Masukkan sup kedalam food processor
9. Masukkan kembali sup ke dalam kuali dan masukkan whipping cream sambil kacau
10. Masak atas api yang sederhana
11. Tambahkan cendawan (baki) dan rasa garam & gula secukupnya
12. Selepas ada gelembung udara keluar dari permukaan sup, alihkan kuali dari api
13. Hidangkan sup dengar garlic bread

dikongsi oleh chef :: 14:49 :: 0 komen

Post / Read Comments


February 09, 2007 Begedil T@uhu

** Mama rajin masak begedil ni masa kitorang kecik2 dulu **

Bahan-bahan

3 keping tauhu putih (dilecek)
1 biji ubi kentang (direbus dan dilecek)
(*)1 ulas bwg merah & putih (ditumbuk)
(*)4-5 biji lada hitam (ditumbuk)
(*)Daun sup (dicincang halus)
(*)Sos Tiram
(*)Garam
(*)Seasoning Maggi (kalau xde xpe)
1 biji telur (amik yang putih je)
Tepung KFC (kalau xde xpe)
Minyak untuk deep fry

Cara-cara

++ Lecekkan tauhu dan ubi tadi
++ Bila dah hancur masukkan bahan-bahan (*) (ikut sukatan sendiri)
++ Gaul sampai sebati dan buatkan ia supaya menjadi bulat
++ Panaskan minyak
++ Celur begedil yang dah dibulatkan tadi kedalam telur
++ Kemudian lalukan kat atas tepung KFC dan goreng
++ Angkat bila warnanya dah keemasan..(kengkadang aku buat sampai terhangus hehehe)

dikongsi oleh chef :: 16:58 :: 0 komen

Post / Read Comments


February 03, 2007 Ik@n B@k@r

Bahan-bahan

1 ekor ikan (ikut suke nak ikan apa)
batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut
3 s/b jus asam jawa
daun pisang
aluminium foil

Bahan-bahan kisar

5 biji ciliapi
5 biji cili merah
5 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai garam

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
2. Rasakan masin dan masamnya dan kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan daun limau purut dan serai ketuk tadi.
4. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil.
5. Letakkan separuh sambal yg telah dimasakkan diatas daun pisang.
6. Letakkan ikan diatas sambal tadi.
7. Ratakan sambal ikan diatas badan ikan dan tutupkan semula dengan daun pisang.
8. Bungkus ikan dengan aluminium foil

9. Bakar dalam kuali non-stik pada api paling kecil (30 min) pada setiap bahagian ikan.
9. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan besar.
10. Boleh juga siapkan air asam sebagai mencicah ikan bakar ini.

dikongsi oleh chef :: 13:54 :: 0 komen

Post / Read Comments


@ir @s@m

** Credit to kak hanieliza **

==> for those yang tak tahu how to prepare this for your ikan bakar .. u may try this

Bahan-bahan (A)

Asam jawa (sebesar telur ayam - direndam ½ cawan air suam, buang biji)
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan (B)

2 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (dimayang nipis)
3 biji cili hijau (dimayang nipis)
2 biji cili merah (dimayang nipis)
3 biji limau kasturi /limau nipis

Cara-cara
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Keluarkan
3. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan yg lain
4. Dah siap..bolehlah dicicah dengan ikan bakar, ayam bakar atau suke koranglah

dikongsi oleh chef :: 13:48 :: 0 komen

Post / Read Comments


February 02, 2007 Ay@m B@k@r BBQ

** Credit to kak hanieliza **

Bahan-bahan

1 ekor ayam [potong 8] atau 1 kilo daging
5 cm halia
3 batang serai
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [semua bahan ini dimesin halus]
1 s/b kicap
madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]
salad, timun, tomato (untuk hiasan)

Cara-cara

1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 5 atau 6 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven convection pada suhu 200'C selama 1 jam
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri

==> i've tried this..mmg marvelous

dikongsi oleh chef :: 10:41 :: 0 komen

Post / Read Comments