The Chef Diaries
March 08, 2007 Sup T@uhu @y@m

Bahan-bahan

230g dada ayam dicincang
2 liter (8 cawan) air
150g (3 biji) tomato, dipotong dadu
150g (1 keping) tauhu dipotong kiub
100g (2 biji putih telur), dipukul ringan
20g (1/2 cawan) daun parsley cina, dicincang halus,
secubit garam

Bahan Perap
15ml (1sudu makan) kicap cair
secubit lada sulah
3g (1/2 sudu teh) tepung jagung

Cara-cara

+ Perapkan ayam (dengan bahan perap di atas)
+ Didihkan air, masukkan tomato & masak untuk 5 minit.
+ Masukkan ayam dan tauhu, & didihkan.
+ Tambahkan garam dan didih lagi sehingga masak.
+ Alihkan daripada api.
+ Masukkan putih telur sambil dikacau.
+ Taburkan daun parsley sebelum dihidang.


dikongsi oleh chef :: 16:44 :: 0 komen

Post / Read Comments


Ik@n Stim dengan Pes TomY@m


Bahan-bahan

1.5kg ikan (talapia, siakap) dibersihkan
10-15g halia, dihiris nipis
4-5 sb oilSpices – ground
100g cili merah
120g daun bawang
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm lengkuas (dihiris)
2 sb pes tom yam
3 helai daun limau purut

Bahan Perasa

60ml jus limau kasturi
1/8 sudu teh serbuk lada sulah
gula
garam

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan diatas sehingga wangi dan pecah minyak
2. Masukkan bahan perasa (ikut selera)
3. Masukkan ikan ke atas piring bulat.
4. Susun hirisan halia atas ikan dan stimkan atas air mendidih selama 10-15 min.
5. Alihkan pinggan dari stimer dan buang lebihan air didihan
6. Masukkan 2-3 sudu besar sos tomyam ke atas ikan
7. Letakkan daun pudina dan hidangkan panas

dikongsi oleh chef :: 14:36 :: 0 komen

Post / Read Comments


Tom Y@m T@l@y

==> sama macam tomyam seafood







Bahan-bahan

· 8 ekor udang (kupas kulit dan tinggalkan bhgn ekor)
· 150g sotong (bersih dan potong)
· 2 ketam bunga (bersih dan belah dua)
· 5 keping isi ikan siakap merah
· 100g cendawan abalone
· 6 cawan stok ayam
· 20g lengkuas
· 3 batang serai
· 12 biji cili padi
· 3 tangkai daun pasli
· 4 s/b pes cili (Nam Prik Pao)
· 6-8 daun limau purut
. Daun ketumbar (dihiris utk hiasan)

Bahan perasa

· 1-2 sb sos ikan (nampla)
· 3-4 sb jus limau
· 1 sb minyak
· 2 sb stok ayam maggi
· garam


Cara-cara

1. Ketuk lengkuas dan serai
2. Masukkan kedalam periuk, tambah cilipadi, daun parsli dan stok ayam
3. Biar mendidih dan masukkan pes cili dan daun limau purut
4. Biar mendidih selama 10 min.
5. Masukkan semua makanan laut & cendawan (didih sehingga masak)
6. Tambahkan bahan perasa
7. Hidangkan panas dan taburkan daun ketumbar

dikongsi oleh chef :: 14:20 :: 0 komen

Post / Read Comments


T0m Y@m G00ng

Bahan-bahan

 6–8 ekor udang sederhana (boleh dibuang kulit jika mahu)
 150g isi ikan (dihiris nipis)
 6 ketul cendawan (dibelah dua)
 100g cendawan putih segar (dibilas)
 1 litre air
 3 batang serai (diketuk)
 4–5 helai daun limau purut (diramas)
 1½ sb pes cili Thai
 2 sb sos ikan
 4 cili padi
 3 cili kering
 3 sb jus limau (nak lebih pun boleh)
 Daun ketumbar (untuk hiasan)

Cara-cara
  1. Didihkan air. Masukkan serai & daun limau purut & biar selama 5–6 min.
  2. Masukkan udang, isi udang, cendawan & cili kering. Masak selama 4–5 min.
  3. Masukkan pes cili, sos ikan, cili padi & jus limau. Biar mendidih
  4. Pastikan perasa cukup..kalau tak cukup boleh tambah
  5. Hidangkan panas dan jangan lupa taburkan daun ketumbar yg dimayang.

dikongsi oleh chef :: 14:01 :: 0 komen

Post / Read Comments


Bebol@ D@ging

Bahan-bahan
200 g isi ayam, dicincang halus
150 g isi ikan (cth: tenggiri)
½ camb kicap cair
½ camb sos Lea & Perrins
sedikit serbuk lada sulah,
garam,
gula
½ cawan serbuk roti
1 biji telur, dipukul
minyak utk menggoreng terendam

Cara-cara

  • Satukan daging, isi ikan dan semua bahan lain.
  • Gaul sebati kemudian bentukkan bulat
  • Atur atas dulang dan simpan di dalam peti sejuk selama 40 minit.
  • Susun dalam loyang yg sudah disapukan dgn sedikit minyak
  • Kukus selama 6-7 minit.
  • Buangkan air yg ada di dalam loyang tadi kemudian biar bebola sejuk 10-15 minit.
  • Lap kering kemudian goreng, jika suka.

Labels: ,


dikongsi oleh chef :: 12:16 :: 0 komen

Post / Read Comments


March 04, 2007 M@ggi Goreng

** Hubby's favourite **

Bahan-bahan

2 paket Maggi (dicelur & tos)
1 paket perencah maggi kari (kalau letak 2 jadi masin sgt)
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1 biji bwg merah (ditumbuk)
sedikit ikan bilis (ditumbuk)
2 sb cili kisar (ikut tahap ketahan pedas masing2)
Udang, sotong, ayam atau daging (apa yg adalah)
Sawi (dipotong 2" / 5cm)
Fishball (kalau ada)
1 bj telur
Sedikit air
Minyak

Cara-cara

++ Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk
++ Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
++ Masukkan udang/sotong/daging/ayam (biar masak)
++ Masukkan perencah maggi dan tambah air sikit
++ Pecahkan telur dan masukkan fishball
++ Bila dah masak..masukkan maggi yg dah dicelur & sawi..
++ Kacau biar sebati dan bolehlah diangkat
++ Siap untuk dihidangkan..


dikongsi oleh chef :: 17:17 :: 0 komen

Post / Read Comments


March 03, 2007 Pes Tomy@m

** Credit to Kak Hanieliza **


Bahan-bahan


3 s/b cili kering dikisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/k belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara


1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.
6. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.


Nota Tambahan
= Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo pes.
= Masa nak masak tomyam tu..didihkan air dan masukkan pes
= Tambahlah serai, daun limau purut ikut kreativiti memasing..

Kat bawah ni stimbot tomyam yang aku buat guna resipi pes kat atas..best



dikongsi oleh chef :: 16:18 :: 0 komen

Post / Read Comments


March 02, 2007 D@ging Bl@ck Pepper

Bahan-bahan

++ 500gm daging lembu
++ 30gm sos tiram
++ ½ sudu makan kicap manis
++ ½ sudu makan kicap masin
++ ½ sudu makan kicap cair
++ 1 sudu teh gula
++ 1 sudu teh lada hitam
++ 1 sudu teh tepung jagung (kacau bersama air)
++ 1 biji lada hijau
++ 1 biji bawang besar dipotong kiub
++ 1 inci halia dihiris halus
++ Sedikit garam

Cara-cara

+ Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang, lada hijau, halia dan lada hitam.
+ Kacau hingga masak dengan api perlahan.
+ Masukkan air, daging & sedikit garam.
+ Setelah itu, masukkan kicap manis, kicap masin & kicap cair.
+ Biarkan ia mendidih seketika.
+ Masukkan pula tepung jagung yg dikacau bersama dengan air tadi.
+ Diikuti dengan sedikit garam.
+ Kacau hingga pekat dan sedia untuk dihidangkan

dikongsi oleh chef :: 16:39 :: 0 komen

Post / Read Comments


March 01, 2007 P@i @y@m








Bahan-bahan Inti

<> 700g Isi ayam/daging
<> Sayuran beku (kacang peas & jagung)
<> 2sb Cendawan shitake dihiris halus
<> 5 ulas Bawang putih & halia ditumbuk halus
<> Sos tiram (sebagai perasa)

Cara-cara (Inti)

++ Tumiskan bawang putih & halia
++ Masukkan daging hingga masak
++ Diikuti cendawan dan sayuran
++ Tambahkan perasa sos tiram.

Bahan-bahan topping

<> 1 kg ubi kentang (rebus dan lecek)
<> 2 cawan susu cair
<> lada hitam & lada putih (ikut sedap)
<> 1 biji telur kuning
<> sedikit garam

Cara-cara (topping)

++ Semua bahan topping digaul bersama (tambah susu kalau nak toping basah)
++ Masukkan inti diikuti dgn topping kedalam dulang (ikut suke besar mana)
++ Ratakan guna senduk leper dan garis2 ikut suka gunakan garfu
++ Sapu kuning telur diatasnya dan bakar dalam oven lebih kurang 30 mins
++ Kemudian tukar pada grill yang tinggi panas suhunya 10 mins.
++ Keluarkan dan boleh dimakan

dikongsi oleh chef :: 16:18 :: 0 komen

Post / Read Comments