The Chef Diaries
June 02, 2008 layan

lalalaal

dikongsi oleh A m m i :: 17:56 :: 0 komen

Post / Read Comments


March 08, 2007 Sup T@uhu @y@m


Bahan-bahan

230g dada ayam dicincang
2 liter (8 cawan) air
150g (3 biji) tomato, dipotong dadu
150g (1 keping) tauhu dipotong kiub
100g (2 biji putih telur), dipukul ringan
20g (1/2 cawan) daun parsley cina, dicincang halus,
secubit garam

Bahan Perap
15ml (1sudu makan) kicap cair
secubit lada sulah
3g (1/2 sudu teh) tepung jagung

Cara-cara

+ Perapkan ayam (dengan bahan perap di atas)
+ Didihkan air, masukkan tomato & masak untuk 5 minit.
+ Masukkan ayam dan tauhu, & didihkan.
+ Tambahkan garam dan didih lagi sehingga masak.
+ Alihkan daripada api.
+ Masukkan putih telur sambil dikacau.
+ Taburkan daun parsley sebelum dihidang.


dikongsi oleh chef :: 16:44 :: 0 komen

Post / Read Comments


Ik@n Stim dengan Pes TomY@m

Bahan-bahan

1.5kg ikan (talapia, siakap) dibersihkan
10-15g halia, dihiris nipis
4-5 sb oilSpices – ground
100g cili merah
120g daun bawang
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm lengkuas (dihiris)
2 sb pes tom yam
3 helai daun limau purut

Bahan Perasa

60ml jus limau kasturi
1/8 sudu teh serbuk lada sulah
gula
garam

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan diatas sehingga wangi dan pecah minyak
2. Masukkan bahan perasa (ikut selera)
3. Masukkan ikan ke atas piring bulat.
4. Susun hirisan halia atas ikan dan stimkan atas air mendidih selama 10-15 min.
5. Alihkan pinggan dari stimer dan buang lebihan air didihan
6. Masukkan 2-3 sudu besar sos tomyam ke atas ikan
7. Letakkan daun pudina dan hidangkan panas

dikongsi oleh chef :: 14:36 :: 0 komen

Post / Read Comments


Tom Y@m T@l@y

==> sama macam tomyam seafood







Bahan-bahan

· 8 ekor udang (kupas kulit dan tinggalkan bhgn ekor)
· 150g sotong (bersih dan potong)
· 2 ketam bunga (bersih dan belah dua)
· 5 keping isi ikan siakap merah
· 100g cendawan abalone
· 6 cawan stok ayam
· 20g lengkuas
· 3 batang serai
· 12 biji cili padi
· 3 tangkai daun pasli
· 4 s/b pes cili (Nam Prik Pao)
· 6-8 daun limau purut
. Daun ketumbar (dihiris utk hiasan)

Bahan perasa

· 1-2 sb sos ikan (nampla)
· 3-4 sb jus limau
· 1 sb minyak
· 2 sb stok ayam maggi
· garam


Cara-cara

1. Ketuk lengkuas dan serai
2. Masukkan kedalam periuk, tambah cilipadi, daun parsli dan stok ayam
3. Biar mendidih dan masukkan pes cili dan daun limau purut
4. Biar mendidih selama 10 min.
5. Masukkan semua makanan laut & cendawan (didih sehingga masak)
6. Tambahkan bahan perasa
7. Hidangkan panas dan taburkan daun ketumbar

dikongsi oleh chef :: 14:20 :: 0 komen

Post / Read Comments


T0m Y@m G00ng

Bahan-bahan

 6–8 ekor udang sederhana (boleh dibuang kulit jika mahu)
 150g isi ikan (dihiris nipis)
 6 ketul cendawan (dibelah dua)
 100g cendawan putih segar (dibilas)
 1 litre air
 3 batang serai (diketuk)
 4–5 helai daun limau purut (diramas)
 1½ sb pes cili Thai
 2 sb sos ikan
 4 cili padi
 3 cili kering
 3 sb jus limau (nak lebih pun boleh)
 Daun ketumbar (untuk hiasan)

Cara-cara
  1. Didihkan air. Masukkan serai & daun limau purut & biar selama 5–6 min.
  2. Masukkan udang, isi udang, cendawan & cili kering. Masak selama 4–5 min.
  3. Masukkan pes cili, sos ikan, cili padi & jus limau. Biar mendidih
  4. Pastikan perasa cukup..kalau tak cukup boleh tambah
  5. Hidangkan panas dan jangan lupa taburkan daun ketumbar yg dimayang.

dikongsi oleh chef :: 14:01 :: 0 komen

Post / Read Comments


Bebol@ D@ging

Bahan-bahan
200 g isi ayam, dicincang halus
150 g isi ikan (cth: tenggiri)
½ camb kicap cair
½ camb sos Lea & Perrins
sedikit serbuk lada sulah,
garam,
gula
½ cawan serbuk roti
1 biji telur, dipukul
minyak utk menggoreng terendam

Cara-cara

  • Satukan daging, isi ikan dan semua bahan lain.
  • Gaul sebati kemudian bentukkan bulat
  • Atur atas dulang dan simpan di dalam peti sejuk selama 40 minit.
  • Susun dalam loyang yg sudah disapukan dgn sedikit minyak
  • Kukus selama 6-7 minit.
  • Buangkan air yg ada di dalam loyang tadi kemudian biar bebola sejuk 10-15 minit.
  • Lap kering kemudian goreng, jika suka.

Labels: ,


dikongsi oleh chef :: 12:16 :: 0 komen

Post / Read Comments


March 04, 2007 M@ggi Goreng

** Hubby's favourite **

Bahan-bahan

2 paket Maggi (dicelur & tos)
1 paket perencah maggi kari (kalau letak 2 jadi masin sgt)
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1 biji bwg merah (ditumbuk)
sedikit ikan bilis (ditumbuk)
2 sb cili kisar (ikut tahap ketahan pedas masing2)
Udang, sotong, ayam atau daging (apa yg adalah)
Sawi (dipotong 2" / 5cm)
Fishball (kalau ada)
1 bj telur
Sedikit air
Minyak

Cara-cara

++ Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk
++ Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
++ Masukkan udang/sotong/daging/ayam (biar masak)
++ Masukkan perencah maggi dan tambah air sikit
++ Pecahkan telur dan masukkan fishball
++ Bila dah masak..masukkan maggi yg dah dicelur & sawi..
++ Kacau biar sebati dan bolehlah diangkat
++ Siap untuk dihidangkan..


dikongsi oleh chef :: 17:17 :: 0 komen

Post / Read Comments


March 03, 2007 Pes Tomy@m

** Credit to Kak Hanieliza **


Bahan-bahan


3 s/b cili kering dikisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/k belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara


1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.
6. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.


Nota Tambahan
= Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo pes.
= Masa nak masak tomyam tu..didihkan air dan masukkan pes
= Tambahlah serai, daun limau purut ikut kreativiti memasing..

Kat bawah ni stimbot tomyam yang aku buat guna resipi pes kat atas..best



dikongsi oleh chef :: 16:18 :: 0 komen

Post / Read Comments


March 02, 2007 D@ging Bl@ck Pepper

Bahan-bahan

++ 500gm daging lembu
++ 30gm sos tiram
++ ½ sudu makan kicap manis
++ ½ sudu makan kicap masin
++ ½ sudu makan kicap cair
++ 1 sudu teh gula
++ 1 sudu teh lada hitam
++ 1 sudu teh tepung jagung (kacau bersama air)
++ 1 biji lada hijau
++ 1 biji bawang besar dipotong kiub
++ 1 inci halia dihiris halus
++ Sedikit garam

Cara-cara

+ Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang, lada hijau, halia dan lada hitam.
+ Kacau hingga masak dengan api perlahan.
+ Masukkan air, daging & sedikit garam.
+ Setelah itu, masukkan kicap manis, kicap masin & kicap cair.
+ Biarkan ia mendidih seketika.
+ Masukkan pula tepung jagung yg dikacau bersama dengan air tadi.
+ Diikuti dengan sedikit garam.
+ Kacau hingga pekat dan sedia untuk dihidangkan

dikongsi oleh chef :: 16:39 :: 0 komen

Post / Read Comments


March 01, 2007 P@i @y@m








Bahan-bahan Inti

<> 700g Isi ayam/daging
<> Sayuran beku (kacang peas & jagung)
<> 2sb Cendawan shitake dihiris halus
<> 5 ulas Bawang putih & halia ditumbuk halus
<> Sos tiram (sebagai perasa)

Cara-cara (Inti)

++ Tumiskan bawang putih & halia
++ Masukkan daging hingga masak
++ Diikuti cendawan dan sayuran
++ Tambahkan perasa sos tiram.

Bahan-bahan topping

<> 1 kg ubi kentang (rebus dan lecek)
<> 2 cawan susu cair
<> lada hitam & lada putih (ikut sedap)
<> 1 biji telur kuning
<> sedikit garam

Cara-cara (topping)

++ Semua bahan topping digaul bersama (tambah susu kalau nak toping basah)
++ Masukkan inti diikuti dgn topping kedalam dulang (ikut suke besar mana)
++ Ratakan guna senduk leper dan garis2 ikut suka gunakan garfu
++ Sapu kuning telur diatasnya dan bakar dalam oven lebih kurang 30 mins
++ Kemudian tukar pada grill yang tinggi panas suhunya 10 mins.
++ Keluarkan dan boleh dimakan

dikongsi oleh chef :: 16:18 :: 0 komen

Post / Read Comments


February 22, 2007 K@ri S@rdin

** This recipe is from my mom **

Bahan-bahan

1 tin sardin (kecil)
2 bj ubi kentang (potong wedges)
1 bj tomato (potong wedges)
3 sb rempah kari (daging / ikan)
1 sk serbuk cili
4 ulas bawang merah kecil (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
santan (dr 1/2 bj kelapa atau boleh diganti dgn susu cair)
daun kari
biji sawi (sikit je)
5-6 biji helba
sedikit perahan air asam jawa
minyak
garam

Cara-cara

++ Panaskan minyak & tumis bawang yang dikisar, biji sawi, helba & daun kari
++ Lepas tu masukkan rempah kari & serbuk cili (yang dah dibancuh dgn sedikit air)
++ Tumis hingga pecah minyak
++ Masukkan ubi kentang, bila agak layu masukkan santan
++ Bila dah mendidih, masukkan sardin (sosnya skali) dan tomato
++ Tambahkan perahan asam jawa tadi dan rasa garam
++ Once mendidih je dah bolehlah tutup api tu..dah siap

dikongsi oleh chef :: 23:28 :: 0 komen

Post / Read Comments


February 16, 2007 G@rlic Bre@d & Mushr00m S0up

Bahan-bahan

Garlic Bread
80g mentega (dilembutkan)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/8 st lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 tbsp daun pasli (dicincang)(optional)
1 baguette

Mushroom Soup
· 75g butter
· 50g tepung gandum
· 475ml stok ayam
· 475ml susu UHT
· 300g cendawan shiitake
· 2 ulas bwg putih (dicincang)

Perasa
· garam
· lada sulah
· 150ml whipping cream
· 15g lebihan cendawan shitake (dicincang kasar)

Cara-cara

1. Cairkan butter dalam kuali diatas api yang perlahan
2. Selepas butter cair, masukkan tepung dan kacau
3. Masak selama 10–15 saat, sentiasa kacau.
4. Masukkan stok ayam dan tuangkan juga susu UHT
5. Didihkan pada api yang sederhana, kacau sekali sekala.
6. Masukkan cendawan, bwg putih dan perasa
7. Perlahankan api dan didihkan selama 4-5 min.
8. Turunkan sup dan biarkan sejuk seketika. Masukkan sup kedalam food processor
9. Masukkan kembali sup ke dalam kuali dan masukkan whipping cream sambil kacau
10. Masak atas api yang sederhana
11. Tambahkan cendawan (baki) dan rasa garam & gula secukupnya
12. Selepas ada gelembung udara keluar dari permukaan sup, alihkan kuali dari api
13. Hidangkan sup dengar garlic bread

dikongsi oleh chef :: 14:49 :: 0 komen

Post / Read Comments


February 09, 2007 Begedil T@uhu

** Mama rajin masak begedil ni masa kitorang kecik2 dulu **

Bahan-bahan

3 keping tauhu putih (dilecek)
1 biji ubi kentang (direbus dan dilecek)
(*)1 ulas bwg merah & putih (ditumbuk)
(*)4-5 biji lada hitam (ditumbuk)
(*)Daun sup (dicincang halus)
(*)Sos Tiram
(*)Garam
(*)Seasoning Maggi (kalau xde xpe)
1 biji telur (amik yang putih je)
Tepung KFC (kalau xde xpe)
Minyak untuk deep fry

Cara-cara

++ Lecekkan tauhu dan ubi tadi
++ Bila dah hancur masukkan bahan-bahan (*) (ikut sukatan sendiri)
++ Gaul sampai sebati dan buatkan ia supaya menjadi bulat
++ Panaskan minyak
++ Celur begedil yang dah dibulatkan tadi kedalam telur
++ Kemudian lalukan kat atas tepung KFC dan goreng
++ Angkat bila warnanya dah keemasan..(kengkadang aku buat sampai terhangus hehehe)

dikongsi oleh chef :: 16:58 :: 0 komen

Post / Read Comments


February 03, 2007 Ik@n B@k@r

Bahan-bahan

1 ekor ikan (ikut suke nak ikan apa)
batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut
3 s/b jus asam jawa
daun pisang
aluminium foil

Bahan-bahan kisar

5 biji ciliapi
5 biji cili merah
5 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai garam

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
2. Rasakan masin dan masamnya dan kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan daun limau purut dan serai ketuk tadi.
4. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil.
5. Letakkan separuh sambal yg telah dimasakkan diatas daun pisang.
6. Letakkan ikan diatas sambal tadi.
7. Ratakan sambal ikan diatas badan ikan dan tutupkan semula dengan daun pisang.
8. Bungkus ikan dengan aluminium foil

9. Bakar dalam kuali non-stik pada api paling kecil (30 min) pada setiap bahagian ikan.
9. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan besar.
10. Boleh juga siapkan air asam sebagai mencicah ikan bakar ini.

dikongsi oleh chef :: 13:54 :: 0 komen

Post / Read Comments


@ir @s@m

** Credit to kak hanieliza **

==> for those yang tak tahu how to prepare this for your ikan bakar .. u may try this

Bahan-bahan (A)

Asam jawa (sebesar telur ayam - direndam ½ cawan air suam, buang biji)
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan (B)

2 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (dimayang nipis)
3 biji cili hijau (dimayang nipis)
2 biji cili merah (dimayang nipis)
3 biji limau kasturi /limau nipis

Cara-cara
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Keluarkan
3. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan yg lain
4. Dah siap..bolehlah dicicah dengan ikan bakar, ayam bakar atau suke koranglah

dikongsi oleh chef :: 13:48 :: 0 komen

Post / Read Comments


February 02, 2007 Ay@m B@k@r BBQ

** Credit to kak hanieliza **

Bahan-bahan

1 ekor ayam [potong 8] atau 1 kilo daging
5 cm halia
3 batang serai
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [semua bahan ini dimesin halus]
1 s/b kicap
madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]
salad, timun, tomato (untuk hiasan)

Cara-cara

1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 5 atau 6 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven convection pada suhu 200'C selama 1 jam
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri

==> i've tried this..mmg marvelous

dikongsi oleh chef :: 10:41 :: 0 komen

Post / Read Comments


January 29, 2007 Kek B@tik M@rie








Bahan-bahan

1.5 bungkus biskut marie
1.5 tin kecil serbuk koko
1 bekas kecil margerin
1 tin susu pekat
2 sudu nestum - kalu x nak pun takper
2 sudu milo
kacang tanah ditumbuk halus - kalu x nak pun takper

Cara-cara

++ Panaskan margerin sehingga cair
++ Masukkan susu pekat, serbuk koko, milo, nestum dan kacau hingga sebati atas api kecil
++ Masukkan pula biskut marrie yang dah dipatah-patahkan dan kacau lagi
++ Masukkan kacang tanah & nestum, kacau masukkan dalam loyang
++ TEKAN masa panas masih panas dan padatkan
++ Sejukkan..boleh dipotong..MAKAN!!!!!!

dikongsi oleh chef :: 03:56 :: 0 komen

Post / Read Comments


January 19, 2007 S@us@ge Bertelur

** Ni resepi ciptaan aku sendiri..resepi org malas hehehe **

Bahan-bahan

4 btg sosej (potong menyenget)
1 biji telur (dipukul)
1 ulas bwg putih (dicincang)
1 ulas bwg merah (dicincang)
Sos tiram
12 biji lada hitam (ditumbuk) yg serbuk pun boleh..tp x power
Marjerin (untuk menumis)

Cara-cara

++ Panaskan marjerin
++ Tumis bawang yang dicincang hingga kekuningan
++ Masukkan sosej, kacau seketika (takyah masak lama sgt pun)
++ Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau
++ Tambahkan sos tiram dan serbuk lada hitam (takyah letak garam pun takpe)
++ Agak-agak dah masak..kire dah siaplah tu..senangkan
++ Boleh makan dengan roti atau dengan nasi sebagai lauk sampingan

dikongsi oleh chef :: 16:46 :: 0 komen

Post / Read Comments


January 11, 2007 Rend@ng Ker@ng







Bahan-bahan

3 kilo kerang hidup
1 batang serai
½ Inci lengkuas
½ Inci halia
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Satu mangkuk santan pekat
Sedikit kerisik

Cara-cara

~ Rebus kerang terlebih dahulu dan kopek.
~ Kisar bawang merah/putih/halia/lengkuas/serai/cili padi dan cili kering.
~ Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama daun limau purut.
~ Setelah nampak kering sedikit masukkan kerang yang telah dikopek.
~ Masukkan santan dan sedikit air.
~ Agak-agak nampak kering masukkan kerisik/bahan perasa dan garam.
~ Masaklah hingga kering.

dikongsi oleh chef :: 16:08 :: 0 komen

Post / Read Comments


January 07, 2007 Rend@ng Ud@ng

**Credit to kak hanieliza**

Bahan-Bahan

1 kg udang galah
2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit [racik halus]
garam minyak

Bahan-bahan kisar

15 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
3 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
20 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan santan dan asam keping dan biarkan mendidih dan pekat.
3. Masukkan udang, kerisik, garam dan daun kunyit. Kacau rata dan biarkan pekat.
4. Tutup api dan hidangkan.

dikongsi oleh chef :: 13:37 :: 0 komen

Post / Read Comments


Ker@bu Ud@ng

Bahan-bahan

500 gm udang sedang (dikupas kulit dan rebus sekejap pastu toskan)
1 pokok daun pasley (boleh gantikan daun ketumbar)
1 labu bawang besar (didadu)
2 biji cili merah (dimayang)
3 biji cili hijau (dimayang)
3 sudu jus limau kasturi atau lemon
garam dan gula secukup rasa
daun salad..bahan hiasan

Cara-cara

1. Gaulkan semua bahan sama rata dan rasakan masin dan masamnya.
2. Sejukkan dan peti sebelum dihidangkan
3. Hidangkan diatas daun salad.

dikongsi oleh chef :: 12:55 :: 0 komen

Post / Read Comments